Monday, November 21, 2005

Masa Depan Bahasa Malaysia (Melayu)

Ini komen saya mengenai kegagalan polisi bahasa kebangsaan yang telah dilaksanakan di Malaysia.

1. Walaupun pada tahun-tahun 80an dan 90an, waktu kebanyakan kita di sini membesar, kerajaan telah menguatkuasa penggunaan BM untuk semua urusan, termasuk pendidkan kebangsaan, ramai juga yang keluar dari sistem pendidikan yang tidak mempunyai sebarang rasa cinta mahupun kebanggaan kepada bahasa malaysia/melayu ini. Tambahan, ramai yang gembira tidak perlu menggunakannya lagi selepas SPM, terutamanya yang tidak berterusan dalam sistem pendidikan negara lebih lanjut lagi. Mereka merasakan bahasa itu sungguh membosankan.

Dari masa saya mula membaca Berita Harian dan Utusan Melayu pada masa remaja, dan apa yang saya lihat dalam kandungan kedua-dua akhbar sekarang, telah lebih memandang ke dalam dan menekan kepada kalangan pembaca yang dikatakan mempunyai bahasa dan budaya yang hampir serupa, iaitu kumpulan pembaca yang bergelar Melayu. Pembaca yang mungkin bukan Melayu diabaikan dalam cara penampilan akhbar-akhbar tersebut. Mungkin juga disebabkan pengaruh UMNO yang kuat. I nak kuatkan lagi penggunaan BM, tapi itu bukan bahasa diri dan jiwa saya lagi. Dan tiada banyak tulisan dalam BM yang saya amat minat baca.



2. Walaupun polisi itu dikuatkuasakan, BM hampir tidak berkembang dan hampir mati-mati katak dalam penggunaan rasmi dan nasional disebabkan ketiadaan imaginasi untuk mengembangkan bahasa itu. Kesusasteraan Melayu yang wujud pada masa akhir 80an dan 90an menepikan langsung kewujudan kaum-kaum negara ini yang juga merupakan sebahagian bangsa. Mereka dipaparkan secara stereotipikal, kalaupun mereka wujud di dalam sastera. Atau mereka telah mengalami satu proses 'pemelayuan'. Sememangnya ada kaum-kaum lain yang sifat sangat Melayu, seperti juga ada orang Melayu yang bersifat kecinaan atau keindiaan. Tetapi kekompleksan ini tidak pernah ditunjukkan. Ketiadaan pendirian atau azam kuat untuk memajukan BM dalam bidang ilmu dan sebagainya telah menjadikannya terlalu 'cacat' untuk menghadapi cabaran zaman. Sekarang, ia mula dipandang rendah, dan ketidakbolehan seseorang bertutur Inggeris dengan baik, akan diperli. Tidakkah antara ramai graduan-graduan yang mengganggur itu ramainya ialah kaum Melayu (dan segelintir kaum-kaum lain) yang dikatakan tidak boleh berbahasa Inggeris?

Summary: Bahasa Melayu tidak mempunyai penghormatan yang sebenarnya di negara yang telah menekan penggunaannya dalam kehidupan sehari. Generasi sekarang telah dituduh tidak dapat menguasai bahasa Inggeris sebaik generasi-generasi sebelum ini dan dilihat sebagai tidak dapat maju ke depan. Kenapa ini berlaku di sini? Pada masa sekarang, masyarakat di Malaysia begitu dihantui dengan pemasalahan pemelajaran bahasa Inggeris.

Hope for your comments. I think this issue is good to write about if someone here would. (: